ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI
By
Dr. Mahathir Mohamad
on November 16, 2009 4:32 PM
1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.
2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.
3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.
4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.
5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF - iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.
6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.
7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.
8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.
9. MTEN-lah yang mencipta currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book - pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.
10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.
11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.
12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.
ARTIKEL INI DIAMBIL DARI WEBBLOG Y.A.BHG TU DR MAHATHIR MOHAMAD
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/anwar-sebagai-penasihat-ekonom.html#more
KOMEN ADIJAGATPUTRA
NAMPAKNYA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TELAH MEMBUAT SATU KEPUTUSAN YANG KURANG BIJAK,
DAN PERSOALANNYA KENAPA PERLU ADA PENASIHAT EKONOMI DI NEGERI SELANGOR...
ADAKAH LANTIKAN ITU ATAS SEBAB GIMIX POLITIK SEMATA MATA
PANDAI SANGAT KE ANWAR TENTANG EKONOMI INI.KALAU KITA LIHAT APA YANG TUN TULIS TU ANWAR NI TAKDALAH BIJAK SANGAT TENTANG EKONOMI.
LAGI SATU GIMIX BAYARAN RM 1 TU HANYA LAH UNTUK MENGAMBARKAN ANWAR NI KONON NYA BOLE BERKHIDMAT SECARA PERCUMA.
KESIAN KITA LIHAT RAKYAT DI SELANGOR CUBA DIPERBODOH BODOHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT NI....